Wednesday, November 18, 2009

Makcik Mana Pulak Tu.....Eh Azwan Ali Rupanya...

Melihat pada foto yang dipaparkan dalam mstar online, terkejut juga kita melihat ada seorang makcik yang berdiri sebelah Dr Asri tak pakai tudung. Bila baca artikel yang ditulis barulah kita tahu itu rupanya Azwan Ali yang suka sangat nak jadi Maknyah. Alahai Nyah.....kau faham ke tentang Wahabi!!!!!!!Kerja engkau Nyah dalam TV dok gossip sana, gossip sini, cuba tanya kat Idola engkau sebelah tu, apa hukumnya.
Kita tidak hairan kalau penyokong Wahabi ini datang sebab yang datang semuanya haprak-haprak belaka. Artis-artis yang tak kenal hukum hakam agama pun turut nak cari publisiti murahan kononnya pandai sangat tentang hukum agama sampaikan menyelar pihak JAIS. Kita tahu sebabnya ialah pihak JAIS tak pernah bagi chance dekat artis-artis yang suka bersekedudukan. Maka dengan itu artis-artis ni suka bila Dr Asri bagi kenyataan mengintip bila JAIS buat tangkapan khalwat. Kalau DrAsri jadi Mufti kat Selangor atau Wilayah, senanglah sikit artis-artis ni nak bersekedudukan, tak ada siapa nak tangkap. Nyah....dah buat operation ke!!!!

Tuesday, November 3, 2009

Tauliah Berceramah.


Bila si Asri bekas Mufti Perlis kena tangkap, kecoh satu Malaysia. Ada pulak puak-puak yang kata tak payah tauliah sebab Asri tu bekas Mufti. Kalau macam tu Dato' Seri Anwar Ibrahim pun bolehlah buat ceramah tak payah permit sebab dia tu bekas Timbalan Perdana Menteri.
Puak-puak UMNO yang dok sokong Asri ni lupa ke?Bila mereka berkuasa di Selangor dulu, Almarhum Dato' Ishak Baharom tak pula dibenarkan menyampaikan kuliah di masjid-masjid. Begitu juga dengan Dato' Ismail Kamus, disekat oleh mereka.
Asri ni sebenarnya tak layak nak berceramah sebab dok tuduh orang lain bidaahlah, syiriklah, lepas tu tak ada pegangan dengan mana-mana mazhab. Hormatlah sikit bila masuk negeri orang bagilah salam dulu, minta izin boleh ke tidak mengajar.Yang dok sokong dia pun puak-puak tak faham ugama sampaikan tak reti nak tutup aurat.Kalau nak biarkan sesiapa saja bercakap tanpa tauliah, tengoklah huru-hara negara ni dibuatnya dengan berbagai-bagai fahaman yang tidak mengikut acuan amalam masyarakat Malaysia.

Saturday, October 31, 2009

Awie.....Jangan Tunjuk Kejahilan Kamu!!!!!!

Kononnya dah hebat sangat Awie hinggakan tak boleh terima nasihat dan teguran orang lain berkaitan hukum-hakam Islam. Sampai bila kamu nak popular, lama-lama dah tua tak guna lagi dah kamu tu. Yang Awie nak melenting dengan kenyataan Akhil tu kenapa?
Sebenarnya memang ada asas apa yang diperkatakan oleh Akhil Hayy terhadap segelintir artis-artis tanahair Malaysia. Segelintir daripadanya ikut nafsu Syaitan hingga malawan hukum-hakam Allah s.w.t. Awie contohnya, pernah ditangkap khalwat kerana berkeinginan melakukan zina. Jangan nak temberanglah Awie sebab dah banyak kali kamu angkut awek-awek ke hotel untuk bermalam. Kalau nak didedahkan terlalu ramai artis-artis rock yang terjerumus dengan perbuatan zina dan arak. Pangalaman saya sewaktu berumur 20an dulu bekerja di hotel dalam bahagian "room service", dah lihat sendiri perangai-perangai artis ni mabuk, bersekedudukan dan sebagainya. Jadi apa yang dikatakan oleh Akhil Hayy itu memang benar belaka.

Monday, October 19, 2009

Tak Siapa Nakkan Kamu...........

Orang yang bermuka-muka seperti Ibrahim Ali sepatutnya dibuang negeri aja. Berapa banyak parti yang beliau nak masuk demi kepentingan dirinya sendiri. Beliau menang pilihanraya sebab bertanding atas tiket Parti Pas, kemudian cuba nak khianat dengan Tok Guru yang merestui beliau. Kini khabarnya nak mohon masuk UMNO, memang tak malu betul mamat sekor ni.
Suatu ketika dulu sewaktu dalam Parti Semangat 46, berapi-api beliau bercakap nak kencing atas kubur Tun Mahathir kalau Mahathir mati kelak. Beliau dok kutuk UMNO macam-macam, lepas tu nak jilat semula. Apa jenis manusia Ibrahim Ali ni tak tahulah.
Manusia yang tak berpegang pada prinsip hidup ini hanya pentingkan jawatan bagi dirinya sendiri. Sikap seperti ini sepatutnya dipulaukan saja, biar dia membebel sorang-sorang. Kalau semua parti dah tak nakkan kamu, lebih baik kamu buat parti baru cap "Kueh Talam Dua Muka".

Wednesday, October 14, 2009

Bertelur Sebiji Riuh Sekampung.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah pun selesai.Bekas MB Negeri Sembilan telah pun dipilih oleh rakyat Bagan Pinang walaupun berbagai-bagai cerita yang keluar tentang calon Barisan Nasional ini. Namun kemenangan BN kali ini bukanlah disebabkan oleh kebaikan parti itu sendiri tetapi lebih kepada kemenangan calon tersebut.
Dengan kemenangan ini setelah BN kalah dalam 7 pilihanraya sebelum ini, maka sang media baik yang elektronik maupun yang cetak tak putus-putus memberi liputan yang cukup meluas. Kalau kalah, tak akan ada pengumuman, malah hanyalah ditulis di bahagian kecil sahaja. Nampaknya media-media bersama Barisan Nasional sama jugalah macam ayam. Bertelur satu riuh sekampung. Pak-Pak menteri yang sealiran dengan parti BN juga turut berkokok membanggakan diri. Jangan bangga sangat, nanti besok kena sembelih (digulingkan)baru tahu.......

Sunday, September 27, 2009

Jika Saya Mahathir Mohammad.......

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

Kata-kata dipetik daripada apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir apabila mengulas tentang pencalonan Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Namun bagi saya, adalah sebaliknya. Jika saya Mahathir Mohammad, cukuplah untuk saya bergelumang dengan politik di negara ini. Dalam usia yang semakin senja, adalah lebih baik saya menghabiskan masa dengan kerja-kerja amal lebih-lebih lagi di masjid-masjid atau surau-surau. Ini disebabkan semasa kita berjawatan, kita terlalu sibuk dengan urusan keduniaan, sehinggakan tak sempat nak berjemaah di masjid-masjid, ikuti kuliah agama dan memperuntukkan masa untuk memperhambakan diri kepada sang pencipta. Cukuplah rasanya dunia ini bagi kita dan tak perlu lagilah kita sibukkan diri memikirkannya. Adalah lebih baik kita fikirkan tentang nasib kita di akhirat nanti sebab sebagai seorang yang pernah menerajui negara ini, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang kita pikul. Manalah tahu kalau-kalau ada perkara yang diamanahkan tidak dapat kita tunaikan maka bertaubatlah bila dah tua-tua ni. Pendek kata, kalau dah pencen tu cukuplah, biarlah urusan dunia ini diuruskan oleh orang muda-muda pula.

Tuesday, September 15, 2009

Antara Kepala Lembu & Selipar.


Baru-baru ini ada seorang perwakilan dari Parti MIC mencadangkan agar dikalungkan selipar pada gambar Mantan Presiden Umno, Tun Mahathir. Ini disebabkan keceluparan Tun Mahathir yang masuk campur dalam urusan Parti MIC. Maka melentinglah juak-juak UMNO dengan dipaparkan di dada-dada akhbar tentang cadangan perwakilan MIC itu. Bekas Ketua Pemuda UMNO Dato' Hishamuddin juga amat marah dengan kenyataan perwakilan tersebut.
Namun bagaimana rasanya perasaan beberapa penganut Hindu apabila ada orang-orang UMNO yang bermain-main dengan kepala lembu. Dato' Hishamuddin tak pula marah dengan perbuatan segelintir geng-geng UMNO, malah mempertahankan lagi perbuatan mereka. Ini perkara dah berlaku sedangkan untuk kalungkan selipar baru cadangan saja. Akhbar Utusan yang pro UMNO tak pula nak laporkan tentang perbuatan biadab juak-juak UMNO yang pijak dan ludah kepala lembu tersebut. Malah perbuatan biadab juak-juak UMNO mengganggu sesi dailog bersama Tan Sri Khalid dan beberapa pemimpin dari Pakatan tak pula nak ditegur oleh menteri dan akhbar. Kalau rakyat masih tak nampak cara UMNO ini tak tahulah, jenis pemikiran apakah mereka.