Sunday, September 27, 2009

Jika Saya Mahathir Mohammad.......

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

Kata-kata dipetik daripada apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir apabila mengulas tentang pencalonan Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Namun bagi saya, adalah sebaliknya. Jika saya Mahathir Mohammad, cukuplah untuk saya bergelumang dengan politik di negara ini. Dalam usia yang semakin senja, adalah lebih baik saya menghabiskan masa dengan kerja-kerja amal lebih-lebih lagi di masjid-masjid atau surau-surau. Ini disebabkan semasa kita berjawatan, kita terlalu sibuk dengan urusan keduniaan, sehinggakan tak sempat nak berjemaah di masjid-masjid, ikuti kuliah agama dan memperuntukkan masa untuk memperhambakan diri kepada sang pencipta. Cukuplah rasanya dunia ini bagi kita dan tak perlu lagilah kita sibukkan diri memikirkannya. Adalah lebih baik kita fikirkan tentang nasib kita di akhirat nanti sebab sebagai seorang yang pernah menerajui negara ini, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang kita pikul. Manalah tahu kalau-kalau ada perkara yang diamanahkan tidak dapat kita tunaikan maka bertaubatlah bila dah tua-tua ni. Pendek kata, kalau dah pencen tu cukuplah, biarlah urusan dunia ini diuruskan oleh orang muda-muda pula.

Tuesday, September 15, 2009

Antara Kepala Lembu & Selipar.


Baru-baru ini ada seorang perwakilan dari Parti MIC mencadangkan agar dikalungkan selipar pada gambar Mantan Presiden Umno, Tun Mahathir. Ini disebabkan keceluparan Tun Mahathir yang masuk campur dalam urusan Parti MIC. Maka melentinglah juak-juak UMNO dengan dipaparkan di dada-dada akhbar tentang cadangan perwakilan MIC itu. Bekas Ketua Pemuda UMNO Dato' Hishamuddin juga amat marah dengan kenyataan perwakilan tersebut.
Namun bagaimana rasanya perasaan beberapa penganut Hindu apabila ada orang-orang UMNO yang bermain-main dengan kepala lembu. Dato' Hishamuddin tak pula marah dengan perbuatan segelintir geng-geng UMNO, malah mempertahankan lagi perbuatan mereka. Ini perkara dah berlaku sedangkan untuk kalungkan selipar baru cadangan saja. Akhbar Utusan yang pro UMNO tak pula nak laporkan tentang perbuatan biadab juak-juak UMNO yang pijak dan ludah kepala lembu tersebut. Malah perbuatan biadab juak-juak UMNO mengganggu sesi dailog bersama Tan Sri Khalid dan beberapa pemimpin dari Pakatan tak pula nak ditegur oleh menteri dan akhbar. Kalau rakyat masih tak nampak cara UMNO ini tak tahulah, jenis pemikiran apakah mereka.

Sunday, September 13, 2009

UMNO Parti Islam?

Baru-baru ini Dato' Seri Najib membuat pengumuman bahawa UMNO ialah sebuah parti Islam.Di mana keislamannya UMNO yang didakwa oleh Dato' Najib, tak tahulah kita. Kalau sekadar mendirikan masjid-masjid, rasanya kerajaan kafir di luar negara pun ada menyediakan masjid-masjid untuk penganut Islam. Malah dulu pun Mendiang Lim Goh Tong ada buat masjid kat Genting, cuma umat Islam tak berapa selesa nak solat kat masjid yang sumber kewangannya dari hasil judi.
Rasanya tak perlulah Dato' Najib meletakkan sesuatu yang bukan pada haknya. Ibarat golongan yang tidak pernah solat, tidak pernah puasa, cuma namanya saja Islam, bolehkah dia mendabik dada mengatakan "Aku Islam Sejati". Kalau dasar perjuangan UMNO tidak berlandaskan hukum-hakam Islam, perlekehkan hukum Islam, rasanya tak payahlah nak mengatakan UMNO parti Islam. Kebanyakan yang diwar-warkan oleh UMNO adalah pembangunan materialistik yang mempunyai kepentingan duniawi. Kalau dikatakan UMNO menaikkan ekonomi Islam serta membasmi kemiskinan rasanya pun kurang enak untuk didengar. UMNOlah yang meruntuhkan ekonomi Islam apabila mereka mengharamkan pertubuhan Al-Alqam. Kalaupun Al-Alqam itu menyeleweng, perbetulkanlah aqidah mereka agar tidak terlalu taksub kepada guru mereka. Tapi yang diharamkan keseluruhannya maka ekonomi Islam yang dibangunkan dengan jayanya oleh pertubuhan Al-Alqam turut berkubur.
Kalau nak tulis tentang tidak Islamiknya UMNO memang banyak. Perasuah-perasuah yaang banyak ditangkap semuanya dari parti UMNO, itu ke Islam? Kadang-kadang tengok pemimpin UMNO berapi-api bercakap tentang Islam, tapi bini kat sebelah pakai tudung sekerat. Sebabnya mereka terima Islam ni sekerat aja. Yang lebih teruk lagi bila ada isteri pemimpin kononnya nak tunjuk dia tu Islam, maka buatklah majlis khatam Quran dan bacalah sikit. Tudung pakai sekerat baca Quran samalah kalau ada lelaki pakai songkok tapi berseluar pendek baca Quran. Inilah dia Islam cara UMNO.