Sunday, September 13, 2009

UMNO Parti Islam?

Baru-baru ini Dato' Seri Najib membuat pengumuman bahawa UMNO ialah sebuah parti Islam.Di mana keislamannya UMNO yang didakwa oleh Dato' Najib, tak tahulah kita. Kalau sekadar mendirikan masjid-masjid, rasanya kerajaan kafir di luar negara pun ada menyediakan masjid-masjid untuk penganut Islam. Malah dulu pun Mendiang Lim Goh Tong ada buat masjid kat Genting, cuma umat Islam tak berapa selesa nak solat kat masjid yang sumber kewangannya dari hasil judi.
Rasanya tak perlulah Dato' Najib meletakkan sesuatu yang bukan pada haknya. Ibarat golongan yang tidak pernah solat, tidak pernah puasa, cuma namanya saja Islam, bolehkah dia mendabik dada mengatakan "Aku Islam Sejati". Kalau dasar perjuangan UMNO tidak berlandaskan hukum-hakam Islam, perlekehkan hukum Islam, rasanya tak payahlah nak mengatakan UMNO parti Islam. Kebanyakan yang diwar-warkan oleh UMNO adalah pembangunan materialistik yang mempunyai kepentingan duniawi. Kalau dikatakan UMNO menaikkan ekonomi Islam serta membasmi kemiskinan rasanya pun kurang enak untuk didengar. UMNOlah yang meruntuhkan ekonomi Islam apabila mereka mengharamkan pertubuhan Al-Alqam. Kalaupun Al-Alqam itu menyeleweng, perbetulkanlah aqidah mereka agar tidak terlalu taksub kepada guru mereka. Tapi yang diharamkan keseluruhannya maka ekonomi Islam yang dibangunkan dengan jayanya oleh pertubuhan Al-Alqam turut berkubur.
Kalau nak tulis tentang tidak Islamiknya UMNO memang banyak. Perasuah-perasuah yaang banyak ditangkap semuanya dari parti UMNO, itu ke Islam? Kadang-kadang tengok pemimpin UMNO berapi-api bercakap tentang Islam, tapi bini kat sebelah pakai tudung sekerat. Sebabnya mereka terima Islam ni sekerat aja. Yang lebih teruk lagi bila ada isteri pemimpin kononnya nak tunjuk dia tu Islam, maka buatklah majlis khatam Quran dan bacalah sikit. Tudung pakai sekerat baca Quran samalah kalau ada lelaki pakai songkok tapi berseluar pendek baca Quran. Inilah dia Islam cara UMNO.

No comments:

Post a Comment