Sunday, September 27, 2009

Jika Saya Mahathir Mohammad.......

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

Kata-kata dipetik daripada apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir apabila mengulas tentang pencalonan Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Namun bagi saya, adalah sebaliknya. Jika saya Mahathir Mohammad, cukuplah untuk saya bergelumang dengan politik di negara ini. Dalam usia yang semakin senja, adalah lebih baik saya menghabiskan masa dengan kerja-kerja amal lebih-lebih lagi di masjid-masjid atau surau-surau. Ini disebabkan semasa kita berjawatan, kita terlalu sibuk dengan urusan keduniaan, sehinggakan tak sempat nak berjemaah di masjid-masjid, ikuti kuliah agama dan memperuntukkan masa untuk memperhambakan diri kepada sang pencipta. Cukuplah rasanya dunia ini bagi kita dan tak perlu lagilah kita sibukkan diri memikirkannya. Adalah lebih baik kita fikirkan tentang nasib kita di akhirat nanti sebab sebagai seorang yang pernah menerajui negara ini, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang kita pikul. Manalah tahu kalau-kalau ada perkara yang diamanahkan tidak dapat kita tunaikan maka bertaubatlah bila dah tua-tua ni. Pendek kata, kalau dah pencen tu cukuplah, biarlah urusan dunia ini diuruskan oleh orang muda-muda pula.

1 comment:

  1. Dari abu DArda R.A. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda " Tiada satu pun yg lebih berat dalam timbangan seorang mukmin nanti pada hari kiamat melebihi budi pekerti yg baik, dan sesugguhnya Allah membenci org yg keji dan suka berkata kotor"...(hadith sahih yg diriwayatkan oleh at Turmudzy)

    ReplyDelete